Pages

Monday, July 18, 2011

Permohonan tukar nama wanita Mohd Ashraf ditolak

Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lalu.

Macam2.. dah elok2 kita nie dilahirkan laki2.. nak jugak jadik perempuan.. dah tu sapa yang susah..

Kalu Mahkamahh approve kan x tau la nak jadi apa dah Malaysia nie.. kena balik bumi baru tau... masalahyer semua kena tanggung bersama...


 










HakimMohd Yazid berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon

That right TUAN HAKIM... kena tegas.. dah approve satu.. belambak lagi nak... orang tua-tua pesan.. jangan bagi  muka...

Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Sumber: MalaysiaKini.....  Perginya seorang SRIKANDI... Al-Fatihah..

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata .
By Zulastry Rahim
Assalamualaikum Para Sahabat ...

Salam hanya untuk hebahan kengkawan yang ada rezeki lebih.. leh la kita share sikit...

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ialah satu Program yang dijalankan melalui medium sosial Facebook untuk mengumpul seberapa banyak Baju Melayu ( Baru) dan Baju Kurung ( Baru ) untuk disedekahkan kepada Anak-Anak Yatim yang tinggal di Rumah / Pusat Jagaan Anak Yatim dan juga Anak-anak Fakir Miskin Seluruh Malaysia( InsyaALLAH ) .
Baju-baju tersebut adalah untuk keperluan Hari Raya AidilFitri 2011.

Pengenalan
Pada Ramadhan dan Syawal Tahun 2010, sekumpulan Rakan Facebook yg diterajui oleh Saudara Ahmad bin Saabun telah memulakan satu Kempen / Program yang dinamakan Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA .
Pada Tahun 2010 , Team terbabit telah berjaya mengumpul lebih dari 3000 pasang baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru) yang telah diagih-agih kepada lebih 30 Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin sekitar Selangor, Kedah , Pulau Pinang , Johor, Terengganu , Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang .

Menjelang Ramadhan/Syawal 2011 ini , Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA akan bergerak buat edisi ke 2.Mohon kerjasama rakan-rakan semua untuk sama-sama berkempen program kebajikan ini. Kami sasarkan tahun ini untuk kumpul 10,000 pasang baju raya (baju baru).

Tempoh Kempen
Kempen akan bermula dari 01hb Julai 2011 hingga 25hb ogos 2011 . kempen diadakan awal agar urusan penyerahan dapat dilaksana menjelang Hari Raya AidilFitri .


Bagaimana Kempen Ini Berjalan ?
Melalui rakan Facebook dan juga sokongan rakan-rakan kita akan mengwar-warkan untuk membeli sekurangnya sehelai Baju Melayu atau Baju Kurung yang akan dipos / hantar ke Pusat Pengumpulan .
Hasil dari sumbangan tersebut , akan disaring dan diserah ke Anak-Anak Yatim terbabit berdasarkan bilangan dan saiz .

Saiz

Golongan sasaran adalah Anak Yatim dan Anak Fakir Miskin dalam lingkungan umur bawah 18 tahun .

Kaedah Penyerahan Baju

Ada 2 cara :-

1. Menghubungi Rakan Facebook yang terlibat sebagai Penyelaras dan serahan tangan.
2. Menghantar ke Pusat Pengumpulan samada serahan sendiri atau kaedah Pos .

Alamat Pusat Pengumpulan Induk :-
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Saabun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192

Untuk penderma sekitar Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya .

Serahan juga boleh dihantar ke :-

(Serahan Tangan)
No 15 , Kodai Minum Ujang
R&R Nilai Arah Utara,
Lebuhraya PLUS Seremban-KL .

atau

(Serahan Tangan dan Pos):-

Zulastry bin Abdul Rahim
No 50 Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya ,
70400 Seremban , Negeri Sembilan .
No hp : 014-7336424

Setiap helai baju yang diterima melalui tangan akan diserahkan ke Pusat Pengumpulan untuk disaring saiz dan penjumlahan untuk setiap Rumah Anak Yatim .

Info dan Maklumat juga boleh didapati dengan melayari http://www.sehelaibaju.com/.


Pihak Penyelaras TIDAK MENERIMA WANG TUNAI . Hanya sumbangan Baju Melayu dan Baju Kurung sahaja.
Pihak Penyelaras juga TIDAK MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI kerana program ini adalah untuk sumbangan Baju Raya sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Akhir kata , Terima Kasih atas sokongan anda.

SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARI DOA .
Sedekah itu umpama pohon yang akan bercabang 7 , setiap cabang akan berdahan 7 , setiap dahan akan berbunga 7 , setiap bunga akan berbuah 7 .

Sambil bersosial di Facebook , kita beramal.

Sebarang pertanyaan hubungi ( SMS ) saya :-

Zulastry Bin Abdul RahimÂ
014-7336424
( Penyelaras Program bagi Negeri Sembilan dan Kelantan )
Anda boleh juga layari laman web rasmi http://sehelaib/​aju.com/ untuk maklumat lanjut

Note: Anda juga boleh bertindak sebagai sukarelawan dengan cara mengenal pasti keluarga yatim di tempat tinggal anda, menegenalpasti rumah anak yatim yang layak menerima sumbangan baju raya serta anda turut berkempen di kalangan kawan-kawan & keluarga untuk menyumbang sehelai baju.

Tuesday, July 12, 2011

Start for MY LIFE story

Layan gak citer Arwah Yasmin.. lewat mandi aku sambil melayan citer nie yg dalam x sedar bergenang gak air mata... "Dalam Hati Ada Taman" yea la bila citer bab2 ibu nie.. tambah2 meninggal plak mau x tersentuh jiwa nie.. heehehee..

Siang tadi my Ex-Boss ajak lunch kat the curve sama itu my ex-principal dari Barcelona... Hmmmm.. long time not see... heheehe.. banyak la citer.. dari pasal Messi kat barcelona hinggakan sampai perhimpunan BERSIH...

Masa begitu pantas.. sedar x sedar dah dekat 4 bulan dah aku resign ngan previous company.... tu la orang kata...

HARI SEMALAM ADALAH BENDA PALING JAUH
HARI ESOK ADALAH BENDA YANG PALING DEKAT

Esok banyak benda nak buat lagi.. dan esok masih banyak benda nk buat lagi..
Bila nak abis semua nie.. memang dalam hidup nie xkan ada kesudahan.. kecuali Mati...

Selagi hidup... selagi bernafas.. HIDUP MESTI DI TERUSKAN

SUARA ANAK MUDA


Tok Janggut pernah dipanggil pengacau masyarakat. Juga Dato Bahaman. Mahatma Gandhi pernah diancam ketika memulakan perarakan garam. Dato' Onn pernah digelar penghasut oleh kaumnya bila menggerakkan himpunan menghapuskan Malayan Union. RASULULLAH pernah diejek bilamana melakukan hijrah kali pertama.
 
Persoalan, bagaimana sejarah akan melihat kita pada hari ini? Adakah hanya si kintul yang melukut ditepi gantang, masuk tak penuh, hilang tak kurang? atau jelmaan Hamzah di zaman mutakhir? Hanya masa yang menentukan segalanya...
 
Wahai anak muda.. bangkitlah demi perjuangan untuk terus hidup... x kira fahaman politik,... x kira warna kulit.. x kira apa agama... HAPUSKAN penindasan.. HAPUSKAN KEZALIMAN..
 
Mmm WHO DARE TO do this... Tepuk dada tanya hati.. mampukah kita mengubah semua ini demi masa depan anak-anak kita kelak...
 
 

Sunday, July 10, 2011

KATA-KATA Mutiara

Hmmm.... ada jiwang skit... malam2 kasi touching-touching


Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.



angan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Kata kata mutiara -Albert Einstein : Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin

DEMONSTRASI

Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. 


Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.




Think postive be creative 

Proton SKILL at CIAST Shah Alam...

Ermmm xder ore nak hebohkan pasal benda nie.... dah seminguu benda nie kat shah alam.. Sek 18... akupun baru jer p arinie.. yea la nk tgok kete2 yang dah di modified and make up yang mengalahkan make up artis tu...

Tapi memang kreatif tul la... tapi nak buat benda cm nie.. kreatif + berduit.. sebab barang aksesori yang kena tambah tu... erm giler tu.. xyah citer.... memang mahal2 giler.. kalu nak kira... leh beli keta yang sama dalam 2-3 bijik lagi... tapi benda dah minat.... nak buat cm maner... apapun. sila tgk gambar yang d snap...

Yang nie WAJA.. tapi cam nak g bulan kete nie..... tapi xper kreatif plus ada duit kann... hehhehehe..        

 Dalam kelam kabut ada plak yg mati.. bateri kong... kena jump start la... apa lagi...

Dalam banyak2.. ada jumpa pomen junior.. tengah pasang stereng...
ermmm dah besar sok.. x tau la dier bikin keter cm maner...







Ada la yang dapat piala akhirnya.... simple and steady

BERSIH 2.0 the 9 Julai 2011

Ermmmm... berakhir sudah.. ada setuju ada yang x setuju... tapi harga sebuah perjuangan... hanya perjuang yang
yang memahami perjuangan... ermm kita kat umah apa yang rasa... suasana JEM la...

Ada orang cakap.. yea la sapa suruh cari penyakit.... tetiba semua kenal AMBIGA... dari yang x kenal terus kenal... Hebat betul populariti BERSIH 2.0 nie... kalah populariti hantu kak limah balik umahh.... hahhahaaa....
Ermmmm nie update gambar paling best shot la yang leh di katakan..... seorang aunty tua leh menahan water cannon n gas pemedih mata.... GREAT POWER leh kata Aunty nie...

Masing2 ada pndapat masing2....