Pages

Monday, July 18, 2011

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata .
By Zulastry Rahim
Assalamualaikum Para Sahabat ...

Salam hanya untuk hebahan kengkawan yang ada rezeki lebih.. leh la kita share sikit...

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ialah satu Program yang dijalankan melalui medium sosial Facebook untuk mengumpul seberapa banyak Baju Melayu ( Baru) dan Baju Kurung ( Baru ) untuk disedekahkan kepada Anak-Anak Yatim yang tinggal di Rumah / Pusat Jagaan Anak Yatim dan juga Anak-anak Fakir Miskin Seluruh Malaysia( InsyaALLAH ) .
Baju-baju tersebut adalah untuk keperluan Hari Raya AidilFitri 2011.

Pengenalan
Pada Ramadhan dan Syawal Tahun 2010, sekumpulan Rakan Facebook yg diterajui oleh Saudara Ahmad bin Saabun telah memulakan satu Kempen / Program yang dinamakan Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA .
Pada Tahun 2010 , Team terbabit telah berjaya mengumpul lebih dari 3000 pasang baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru) yang telah diagih-agih kepada lebih 30 Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin sekitar Selangor, Kedah , Pulau Pinang , Johor, Terengganu , Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang .

Menjelang Ramadhan/Syawal 2011 ini , Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA akan bergerak buat edisi ke 2.Mohon kerjasama rakan-rakan semua untuk sama-sama berkempen program kebajikan ini. Kami sasarkan tahun ini untuk kumpul 10,000 pasang baju raya (baju baru).

Tempoh Kempen
Kempen akan bermula dari 01hb Julai 2011 hingga 25hb ogos 2011 . kempen diadakan awal agar urusan penyerahan dapat dilaksana menjelang Hari Raya AidilFitri .


Bagaimana Kempen Ini Berjalan ?
Melalui rakan Facebook dan juga sokongan rakan-rakan kita akan mengwar-warkan untuk membeli sekurangnya sehelai Baju Melayu atau Baju Kurung yang akan dipos / hantar ke Pusat Pengumpulan .
Hasil dari sumbangan tersebut , akan disaring dan diserah ke Anak-Anak Yatim terbabit berdasarkan bilangan dan saiz .

Saiz

Golongan sasaran adalah Anak Yatim dan Anak Fakir Miskin dalam lingkungan umur bawah 18 tahun .

Kaedah Penyerahan Baju

Ada 2 cara :-

1. Menghubungi Rakan Facebook yang terlibat sebagai Penyelaras dan serahan tangan.
2. Menghantar ke Pusat Pengumpulan samada serahan sendiri atau kaedah Pos .

Alamat Pusat Pengumpulan Induk :-
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Saabun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192

Untuk penderma sekitar Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya .

Serahan juga boleh dihantar ke :-

(Serahan Tangan)
No 15 , Kodai Minum Ujang
R&R Nilai Arah Utara,
Lebuhraya PLUS Seremban-KL .

atau

(Serahan Tangan dan Pos):-

Zulastry bin Abdul Rahim
No 50 Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya ,
70400 Seremban , Negeri Sembilan .
No hp : 014-7336424

Setiap helai baju yang diterima melalui tangan akan diserahkan ke Pusat Pengumpulan untuk disaring saiz dan penjumlahan untuk setiap Rumah Anak Yatim .

Info dan Maklumat juga boleh didapati dengan melayari http://www.sehelaibaju.com/.


Pihak Penyelaras TIDAK MENERIMA WANG TUNAI . Hanya sumbangan Baju Melayu dan Baju Kurung sahaja.
Pihak Penyelaras juga TIDAK MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI kerana program ini adalah untuk sumbangan Baju Raya sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Akhir kata , Terima Kasih atas sokongan anda.

SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARI DOA .
Sedekah itu umpama pohon yang akan bercabang 7 , setiap cabang akan berdahan 7 , setiap dahan akan berbunga 7 , setiap bunga akan berbuah 7 .

Sambil bersosial di Facebook , kita beramal.

Sebarang pertanyaan hubungi ( SMS ) saya :-

Zulastry Bin Abdul RahimÂ
014-7336424
( Penyelaras Program bagi Negeri Sembilan dan Kelantan )
Anda boleh juga layari laman web rasmi http://sehelaib/​aju.com/ untuk maklumat lanjut

Note: Anda juga boleh bertindak sebagai sukarelawan dengan cara mengenal pasti keluarga yatim di tempat tinggal anda, menegenalpasti rumah anak yatim yang layak menerima sumbangan baju raya serta anda turut berkempen di kalangan kawan-kawan & keluarga untuk menyumbang sehelai baju.

No comments:

Post a Comment